Kenali Saya

Assalamualaikum kepada anda semua yang baru sahaja memilih untuk membaca blog saya. Di sini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak mengenai diri saya. Saya merupakan seorang pelajar dari Politeknik Metro Kuantan dan merupakan pelajar dari semester 4 Diploma Pengurusan Pelancongan.
Nama yang diberi oleh ibunda saya ialah Wan Nur Alya Sabrina Binti Wan A Razak dan mendapat gelaran Alya di institusi pengajian saya. Saya merupakan anak kelima dalam adik beradik saya dan telah memilih untuk melanjutkan pengajian saya dalam bidang pelancongan di Politeknik Metro Kuantan. Cita cita saya untuk menjadi seorang pensyarah dalam bidang pelacongan dan saya juga sangat minat untuk melancong. 

Ini adalah salah satu lagu kegemaran saya ↓


Alhamdulillah, ketika sedang mempelajari banyak ilmu dalam bidang pelancongan telah membuka minda saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang sektor pelancongan di negara kita di samping membuka mata tentang sektor pekerjaan sebagai seorang pelajar di bahagian DIploma Pengurusan Pelancongan. 

"Ilmu tidak datang bergolek" begitulah hidup kita sebagai seorang manusia dimana kita dituntut untuk sentiasa mencari ilmu dalam kehidupan kita. 

Sebagai penutup kata, saya sebagai seorang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan ingin menyatakan bahawa terdapat banyak sektor yang ditawarkan dalam bidang kami jadi tidak perlulah risau sekiranya anda lebih cenderung untuk meminati bidang perlancongan. 

sumber: rujukan

No comments:

Post a Comment

Broucher Johor Premium Outlet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...